Kalau nak jadi bijak, jadilah sebijak Barnaby Swinburn.
Dikhabarkan Swinburn, 12, hanya ada dua permintaan untuk hadiah Hari Krismas iaitu: ujian Mensa dan portfolio mata wang kripto.
Susulan daripada itu, Swinburn berjaya mendapat markah IQ tertinggi, 162 di dalam ujian tersebut sekaligus mengatasi IQ ilmuan fizik yang dikenali ramai, Albert Einstein yang cuma memiliki 160.
Sebagai rekod, ujian Mensa merupakan ujian khas yang dapat mengukur IQ seseorang.
Swinburn, anak kelahiran Bristol, England ini juga menerima sampul mengandungi wang yang kemudiannya ditukarkan kepada mata wang kripto.
Ahli keluarganya tidak mendedahkan nilai wang dan aset kripto yang telah dibeli.
Tetapi Swinburn mula menunjukkan minat terhadap pasaran kripto dan bercita-cita untuk menjadi pakar program dengan kelayakan daripada University of Oxford.
Ada yang lagi menarik, berlaku pada 2017.
Joao Cahada, seorang pengasas bursa kripto Brazil, Foxbit telah hadiahkan anak perempuan yang baru dilahirkan dengan seunit Bitcoin (BTC). Ketika itu harga BTC bernilai $915.80.
Empat tahun kemudian, pemilik Bitcoin termuda itu sudah bergelar jutawan selepas BTC mencatatkan lonjakan lebih 6,500% dengan rekod nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) $68,789 pada 10 November.
Apa-apa pun, sorok artikel ni. Nanti ada yang minta duit raya dalam BTC. Naya geng. Biar kita-kita je tahu.