Setelah tampuk pemerintahan di ambil oleh Joe Biden, isu tarif antara China dan Amerika tidak menunjukkan perkembangan yang ketara. Selain itu, konflik antara kedua negara itu juga tidak begitu tegang sejak akhir tahun 2020 walaupun China tidak dapat memenuhi perjanjian sebelum ini.
Sebelum ini China berjanji akan membeli tambahan barang dan perkhidmatan $200 bilion selama dua tahun di bawah perjanjian fasa 1 yang ditandatangani oleh Trump pada Januari 2020, namun disebabkan krisis pandemik yang melanda, setakat ini Beijing dilihat masih jauh lagi daripada mencapai sasarannya untuk tahun lalu.
Dalam masa yang sama kedua-dua buah negara itu juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan konflik seperti pengecualian tarif.Walaupun tidak banyak perkembangan, pemain pasaran terus mengikuti sebarang tanda-tanda baru.
Terkini, China membuat pengumuman bahawa pihak mereka akan melanjutkan pengecualian tarif untuk 79 produk yang diimport dari Amerika Syarikat yang akan berakhir pada 18 Mei, kata kementerian kewangan dalam notis yang diterbitkan pada hari Isnin.
Pengecualian tersebut akan dilanjutkan sehingga 25 Disember.Produk tersebut pada asalnya mendapat pengecualian dari tarif balas yang dikenakan oleh China ke atas barang A.S. sebagai tindakan balas terhadap tindakan Seksyen 301 A.S.
White House pada awal tahun mengatakan akan mengkaji semua langkah keselamatan negara yang dilaksanakan oleh mantan Presiden Donald Trump, termasuk perjanjian perdagangan fasa 1 dengan Beijing.