Ren Zhengfei yang merupakan Ren Zhengfei telah mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat bahawa Amerika Syarikat (A.S) tetap merupakan ‘mercu teknologi’ yang harus dicontohi dan diberi perhatian. Dalam masa yang sama Huawei akan mempertimbangkan kembali langkah pengurangan dari barisan produk mereka setelah beberapa kali ditekan oleh pentadbiran A.S.
Pada harini, surat yang ditulis Ren pada Jun tahun lepas diumumkan dikhalayak ramai setelah Joe Biden mengambil alih jawatan Presiden dari Donald Trump. Di bawah pentadbiran Trump, Huawei beberapa kali di tekan sehingga disenaraihitamkan berikutan A.S berpendapat teknologi Huawei dapat mendatangkan risiko keselamatan.
Dinyatakan bahawa atas faktor tersebut, Huawei terpaksa menyesuaikan strategi dengan kemampuan yang ada. Antara keputusan yang diambil ialah menilai semula beberapa baris produk dan mengurangkan beberapa produk termasuk kakitangan sendiri.
Huawai juga terpaksa menjual Honor kepada pihak konsortium pada bulan November. Ren mengatakan bahawa syarikat beliau terpaksa melakukan penstrukturan dalam isu gaji.
Walaupun surat tersebut tidak menyebutkan pentadbiran Biden secara khusus namun penganalisis berpendapat bahawa Huawei berharap tindakan yang dikenakan ke atas mereka ditangguhkan supaya proses tekonologi 5G dapat berkembang. Penganalisis juga berpendapat Huawai seakan cuba membaik pulih hubungan perdagangan dengan A.S kerana surat dan pujian tersebut mula diumumkan susulan Biden mengambil alih pemerintahan.