Perghh sampai ke negara Aztec, boleh makan taco hari-hari.
Coastal Contracts Bhd menerusi syarikat usaha sama Coastoil Dynamic SA de CV (CD) telah peroleh kontrak bernilai RM4.5 bilion dengan Pemex Exploracion and Produccion, anak syarikat petroleum Petroleos Mexicanos bagi membangunkan loji penyaman gas di Mexico.
Pemfailan Bursa menyatakan projek Coastal Contracts, EMC Papan Plant, mempunyai kapasiti 300 juta kaki padu standard sehari di padang Ixachi, Teirra Balanca, Veracruz, Mexico.
Tambahnya lagi, tempoh kontrak tersebut selama 3,902 hari termasuk tempoh pembinaan 250 hari dan operasi serta tempoh penyelenggaraan selama 10 tahun. Selain itu, skop kerjanya meliputi kejuruteraan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan loji penyaman gas dan infrastruktur berkaitan.
Dalam pada itu, pengerusi eksekutif kumpulan, Ng Chin Heng berkata kumpulan itu optimis mengenai usahanya bagi mendapatkan lebih banyak projek berkaitan rantaian nilai pengeluaran Pemex.
Setakat tengah hari, saham Coastal Contracts naik 9.92% atau RM1.33 dengan nilai pasaran RM706.66 juta.