COTI memasarkan dirinya sebagai platform gred perusahaan (enterprise-grade) fintech pertama yang memberi kuasa kepada organisasi untuk membina penyelesaian pembayaran serta mendigitalkan mana-mana matawang untuk menjimatkan masa serta wang.
Blockchain pertama di dunia yang dioptimumkan untuk pembayaran yang tidak berpusat dan direka untuk digunakan oleh peniaga, kerajaan, pembayaran DApps dan pengeluar stablecoin.
Dilancarkan pada Mac 2017 oleh Samuel Falkon dan David Assaraf.
Menariknya, Ekosistem ini mempunyai blockchain yang berasaskan DAG (directed acyclic graphs), algoritma konsensus proof-of-trust, multiDAG, GTS (Global Trust System), penyelesaian pembayaran universal dan gerbang pembayaran (payment gateway).
Meneliti kepada carta COTI/USDT, pergerakan harga Coti telah membuat rekod pasaran yang baik dengan menghasilkan lebih 1,000% lonjakan pada pasaran 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.60 pada 8 Mac yang lalu.
Daripada pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Coti sedang berusaha kembali untuk memperoleh momentum kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $0.15 dilihat bakal menjadi paras tumpuan seterusnya untuk dituju.
Untuk kenaikan harga yang lebih tinggi, harga dijangka bakal menguji paras SBR tersebut dan mungkin bakal menguji trendline resistance bagi memberi isyarat yang jelas untuk membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun jika harga Coti kembali meneruskan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji paras sokongan $0.12-$0.13 sebelum menuju ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.
Sewaktu penulisan, COTI/USDT didagangkan pada harga $0.14 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto COTI/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.