Emas menjunam lebih rendah pada permulaan dagangan awal minggu, di tengah-tengah permintaan terhadap US dolar yang kembali meningkat susulan bacaan data yang positif.
Keyakinan pengguna AS mengalahkan jangkaan pasaran dengan mencatatkan bacaan lebih kuat, sementara jumlah tuntutan pengangguran pula jatuh ke tahap lebih rendah sebelum pandemik.
Kadar inflasi AS juga meningkat dengan kuat pada bulan Mei, menjadikannya kenaikan tahunan terbesar dalam tempoh hampir 13 tahun walaupun bacaan yang dicatatkan sedikit susut daripada bulan sebelumnya.
Logam berharga emas pada mula meraih sokongan daripada pembacaan ini, tetapi kembali terbenam lebih rendah berikutan lonjakan semula matawang US dolar pada akhir minggu.
Penurunan ini seterusnya berlanjutan sehingga ke sesi Asia, dengan logam kuning itu didagangkan lemah di sekitar paras terendah hampir dua minggu pada $1,865 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula susut pada $1,867 per auns.
Tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi FOMC yang akan menjadi penentu utama kepada hala tuju dagangan emas selanjutnya.
Ketidakpastian menjelang mesyuarat FOMC juga menyebabkan pelabur meningkatkan permintaan terhadap safe-haven greenback sebagai langkah berhati-hati.