Fantom, menyediakan perkhidmatan kewangan desentralisasi (DeFi) kepada pemaju dengan menggunakan algoritma konsensus tersendiri.
Fantom semakin berkembang dari hari ke hari, menghasilkan 233% lonjakan mencapai paras harga $0.75 pada sesi dagangan bulan Ogos.
Pelbagai projek yang dilancarkan sejak kebelakangan ini, Fantom juga telah bekerjasama dengan projek blockchain terkemuka seperti Chainlink, Raviton, dan Protokol Band.
Kini Fantom memiliki permodalan pasaran lebih $1.7 bilion dengan jumlah dagangan lebih $505 juta dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga FTM/USDT.
Sewaktu artikel analisa FTM dikeluarkan INTRADAY pada Jun lalu, FTM didagangkan sekitar harga $0.25, secara konsistennya FTM telah menghasilkan lebih 400% lonjakan.
Menjelang penutupan pasaran pada bulan Ogos, harga FTM dilihat kekal berterusan menyaksikan lonjakan yang drastik.
Pandangan sudut teknikal, FTM dilihat sedang menunjukkan pergerakan bullish dan sedang menguji zon resistance $0.75.
Sekiranya pergerakan harga FTM terus kekal dengan trend bullish itu, ia kemungkinan bakal menembusi zon resistance $0.75 tersebut dan berterusan membuat paras tertinggi terbaru berturut-turut.
Namun jika harga FTM kembali tampilkan corak penurunan semula, harga dilihat bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) $0.55 sebelum menuju ke paras yang lebih rendah.
Ketika penulisan, FTM didagangkan pada paras harga $0.72 melonjak lebih 37% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-68 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto FTM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.