Defisit perdagangan A.S. mencapai paras tertinggi baru pada bulan Mac ketika pengguna A.S. Dengan pakej rangsangan sebanyak $1,400 diedarkan dan ekonomi domestik terus menunjukkan perkembangan yang besar telah mendorong ketidakseimbangn dalam import dan eksport sehingga defisit perdagangan meningkat menjadi $ 74.4 bilion.
Paras ini adalah paras tertinggi sejak Januari 1992 dan menunjukkan peningkatan 57.6% daripada tempoh yang sama tahun lalu dan lebih tinggi daripada $ 70.5 bilion pada bulan Februari.
Ketidakseimbangan perdagangan dengan China meningkat lebih dari 22% menjadi $ 36.9 bilion. Defisit dengan Mexico meningkat 23.5% menjadi $ 8.4 bilion. Hal ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi hubungan geopolitik.
Bantuan pandemik telah mendorong peningkatan dalam perbelanjaan pengguna. Eksport telah meningkat sebanyak $ 200 bilion atau 6,6% namun diimbangi oleh permintaan barang import yang terus berlanjutan, yang meningkat 6.3% atau $274.5 bilion.
Menurut penganalisis, ketika penularan pandemik berada dalam kawalan di Amerika Syarikat, pengguna Amerika akan menghabiskan lebih banyak untuk barang eksport berbanding barang import.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.27% kepada paras tukaran 91.172 setakat jam 11.00 p.m.