Dewan Perwakilan A.S. dijangka akan menyetujui rang undang-undang bantuan COVID-19 bernilai $ 1,9 trilion seawal hari Selasa. Undian persetujuan akan membolehkan presiden Demokrat menandatangani rang udang-undang tersebut.
Kelulusan pakej tersebut akan menjadi salah satu langkah pembasmian kemiskinan A.S terbesar sejak tahun 1960-an. Wakil Demokrat Katherine Clark menyatakan hanya tinggal urusan kertas kerja namun pihak pentadbiran akan memiliki pungutan suara secepat mungkin.
Rang undang-undang tersebut kini akan diserahkan semula ke Dewan Perwakilan AS untuk persetujuan akhir sebelum ia diserahkan kepada Joe Biden.Versi pertama rang undang-undang itu diluluskan dengan semua sokongan ahli demokrat manakala semua ahli Republikan menentangnya.
Walaubagaimanapu pada hari Isnin baru-baru ini dua dari ahli demokrat menyatakan bahawa akan membuat undian semula dan berkemungkinan akan memihak pihak Republik.
Senat Amerika Syarikat meluluskan pakej rangsangan coronavirus bernilai $1.9 trilion pada hari Sabtu setelah lebih 24 jam membahaskan undang-undang dan pindaan terhadapnya.
Ia diluluskan dalam undian 50-49, dengan semua anggota parlimen Demokrat memilih untuk bersetuju. Pihak pentadbiran akan mengadakan undian terakhir pada hari Selasa.