Bank Pusat Eropah (ECB) sedang mengkaji program pembelian bon baru untuk mencegah sebarang kekacauan pasaran ketika pembelian kecemasan dihentikan pada tahun depan, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu.
Bloomberg melaporkan rancangan itu akan menggantikan alat rangsangan yang ada dan melengkapkan skim pelonggaran kuantitatif terbuka sedia ada yang kini memperoleh bon $23.1 bilion setiap bulan.
Bagaimanapun, setakat ini masih tida ada keputusan yang dibuat, kata sumber tersebut.
Jurucakap ECB enggan mengulas mengenai laporan itu, sambil mengatakan bahawa kakitangan membincangkan pelbagai idea yang tidak semestinya disampaikan kepada Majlis Pimpinan atau Lembaga Eksekutif.
Inisiatif tersebut akan bertindak sebagai langkah pelindungan sekiranya Program Pembelian Kecemasa Pandemik (PEPP) berakhir pada bulan Mac yang bernilai €1.85 trilion.
Di bawah pelan itu, pembelian akan dilakukan secara terpilih, yang mana ia dilihat bertentangan dengan dua program sedia ada yang memerlukan bank pusat membeli bon sejajar dengan ukuran ekonomi setiap negara.
Peraturan telah dilaksanakan sejak pembelian aset berskala besar dimulakan pada tahun 2015. Ini bertujuan untuk meredakan kebimbangan bahawa ECB membiayai kerajaan, yang merupakan sesuatu yang dilarang oleh undang-undang.