Bekas Presiden Amerika Syarikat (POTUS), Donald Trump sekali lagi mengkritik mata wang kripto.
Ironinya, Melania Trump telah lancarkan non-fungible token (NFT) pertama beberapa hari sebelum kenyataan figura itu mendapat perhatian media.
Dalam temubual Fox Business pada 20 Disember, Trump memberi amaran dan menggelar aset kripto sebagai sesuatu yang bahaya:
“Saya tak pernah sukakan kripto kerana dolar lebih baik. Saya nak mata wang kita di dalam dolar. Mungkin kripto akan meletup dan orang akan perlekehkannya. Saya rasa kripto sangat bahaya.”
Kali pertama Trump berkongsi pendapat berkaitan aset kripto ini adalah pada Julai 2019 melalui twit di laman media sosial Twitter:
“Saya bukanlah peminat Bitcoin dan mata wang kripto yang lain kerana ia bukanlah wang. Nilainya sangat tidak stabil dan sangat mudah untuk jalankan aktiviti jenayah.”
Bagaimanapun twit tersebut sudah tidak tersedia di Twitter susulan daripada sekatan Trump terhadap penggunaan media sosial itu.
Pada masa yang sama, Trump turut menyokong dan memuji isterinya yang telah lancarkan NFT di blockchain Solana. Pelancaran NFT tersebut diumumkan menerusi twit rasmi Melania pada Jumaat:
#MelaniaNFT https://t.co/XJN18tMllg pic.twitter.com/qMtVewbdpa
— MELANIA TRUMP (@MELANIATRUMP) December 16, 2021
NFT tersebut merupakan seni lukisan yang paparkan sepasang mata milik Melania dan didagangkan pada 1 SOL bermula 16 Disember sehingga 31 Disember 2021.
Bagaimanapun jurucakap Solana mendedahkan bahawa mereka tiada kaitan dengan projek tersebut.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.