Logam kuning emas diniagakan lebih tinggi pada sesi Asia, disokong oleh kemerosotan hasil perbendaharaan AS dan dagangan US dolar.
Pada sesi Asia, spot emas didagangkan meningkat pada sekitar harga $1,790 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,791 per auns.
Hasil bon AS 10 tahun dan 30 tahun menyusut dari paras tertinggi satu minggu yang dicapai pada sesi sebelum ini, sekali gus mengurangkan kos peluang untuk memegang emas lebih rendah.
Sementara dolar greenback juga merosot dan memberi peluang kepada matawang berisiko untuk meningkat, membuatkan harga emas lebih rendah bagi pemegang matawang utama lain.
Bagaimanapun, jangkaan untuk pengurangan rangsangan lebih cepat oleh Federal Reserve (Fed) masih lagi kuat, menyokong matawang gergasi itu mempertahankan kedudukan di tahap tertinggi satu tahun.
Fokus utama pasaran kini tertumpu kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat yang dijangka kembali susut pada November dari tahap tertinggi 30 tahun yang dicatatkan sebelumnya.