Harga minyak mentah terus didagangkan kukuh selepas menyentuh paras ketinggian terbaru tiga tahun pada sesi Asia, ketika para pelabur menantikan pertemuan OPEC+ pada minggu minggu ini.
Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut pada $74 setong, setelah mencecah harga $74.40 setong pada awal sesi. Sementara dagangan minyak Brent sedikit turun pada $76 setong, selepas kenaikan pada $76.50 sebelumnya.
Pertemuan OPEC+ pada 1 Julai, bakal menyaksikan perbincangan negara-negara pengeksport utama terhadap pengeluaran minyak mentah pada bulan Ogos.
Pada minggu lalu, dua sumber OPEC mengatakan bahawa pengeluaran mungkin akan ditingkatkan lagi pada bulan Ogos memandangkan pasaran minyak terus menunjukkan pemulihan.
Harga minyak telah meningkat sekitar 50% pada tahun ini, disokong oleh prospek terhadap permintaan global yang meningkat dan kemajuan vaksinasi yang membolehkan lebih banyak sekatan dibuka.
Bagaimanapun, para pelabur turut memerhatikan perkembangan mengenai penyebaran varian Delta Covid-19 yang telah merebak di beberapa negara utama, termasuk Australia dan UK.
Australia terpaksa melaksanakan langkah penutupan di Sydney selepas berlaku peningkatan mendadak kes jangkitan di negara itu yang dipercayai disebabkan oleh varian Delta kerana kadar kebolehjangkitannya yang cepat merebak.