Logam kuning emas bergelut untuk mendapatkan daya tarikan dengan harga terus tersekat di sekitar paras $1,820 per auns pada permulaan dagangan awal minggu ini.
Ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah, logam berharga emas didagangkan susut pada $1,819 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).
Malah, lonjakan hasil bon perbendaharaan Amerika Syarikat jangka panjang ke tahap tertinggi sejak Mac pada hari Jumaat, sementara jangkaan inflasi meningkat paling tinggi dalam tempoh enam tahun.
Inflasi yang lebih tinggi bukan sahaja meningkatkan harga emas, tetapi dalam konteks ini ia memberi dorongan kepada peningkatan dalam hasil bon.
Bagaimanapun, kenaikan dalam hasil bon AS gagal menyokong US dolar untuk meningkat, tetapi sebaliknya jatuh lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama.
Hal ini didorong oleh prospek yang meningkat terhadap perlaksanaan langkah vaksinasi secara meluas di seluruh dunia dan mengangkat keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi global, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap safe-haven.
Usaha vaksinasi sedang giat dijalankan, di mana Jepun dan Australia kini menunggu detik untuk memulakan kempen vaksinasi mereka. Sementara UK pula berjaya menepati sasaran untuk memvaksin 15 juta rakyatnya dari golongan keutamaan.