Emas mengukuhkan kedudukan di paras tertinggi lima bulan walaupun logam berharga itu dilihat sedikit susut pada pembukaan dagangan awal minggu.
Pada sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit merosot pada $1,859 per auns, selepas menyentuh paras ketinggian $1,868 per auns pada akhir dagangan minggu lalu.
Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan lebih tinggi pada sekitar harga $1,862 per auns.
Tinjauan sentimen pengguna Universiti Michigan November yang mengejutkan pelabur dengan kemerosotan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun pada hari Jumaat, telah menambah sokongan buat emas untuk meningkat pada hujung minggu lalu.
Namun, bacaan yang lebih baik dalam data jualan runcit China, sedikit membantutkan dagangan logam kuning emas pada sesi Asia hari ini.
Safe-haven emas telah mencatat peningkatan ketara sejak awal bulan ini, disokong oleh kebimbangan yang meningkat terhadap inflasi dan pendirian bank pusat utama bahawa kadar faedah akan kekal rendah buat masa ini.
Lonjakan inflasi Amerika Syarikat ke tahap tertinggi 30 tahun menguatkan lagi dagangan emas yang mana ia dianggap sebagai lindung nilai inflasi dan mengetepikan kekuatan US dolar.