Pelabur emas dah mula lega kembali selepas peningkatan nilai emas melepasi paras $1,800 semula pada sesi New York semalam.
Situasi ini didorong oleh penyusutan ketara US dolar semalam selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan positif.
Pelabur yang kembali menilai perubahan positif terhadap sentimen yang berisiko sebelum ini telah memberi tekanan terhadap mata wang safe-haven termasuk US dolar.
Perkembangan terhadap coronavirus Omicron, kajian menunjukkan risiko semakin menurun dan kembali memulihkan unjuran ekonomi global.
Harga emas semalam telah meningkat dari paras $1,785 dan mencapai paras sekitar $1,808 sehingga setakat sesi Eropah hari ini (Khamis).
Begitu juga komoditi minyak mentah yang semakin menunjukkan pemulihan semula dengan peningkatan yang dipamerkan.
Bekalan terhad dan penurunan inventori minyak mentah Amerika Syarikat telah meningkatkan harga minyak dalam pasaran walaupun faktor kebimbangan penularan Omicron masih lagi membuatkan pelabur berjaga-jaga.
Harga minyak Brent berlegar di paras $75.29 setong dan minyak WTI AS pula di sekitar paras harga $72.50 setong sekitar sesi Eropah.