Kekurangan keyakinan pasaran menyekat dagangan logam berharga emas untuk meningkat lebih tinggi menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP pada hari Jumaat.
Pada sesi Asia, harga emas terus bergerak di sekitar harga yang sama pada $1,812 per auns, dengan niaga hadapan emas pula positif pada $1,815 per auns.
Pergerakan pada dagangan US dolar juga tidak banyak yang berubah, menyusuli kelemahan berterusan yang dipamerkan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.
Situasi Covid-19 semasa telah membantu menyokong dagangan emas, ketika pelabur mula mengambil langkah berhati-hati sebelum data pekerjaan utama AS diterbitkan.
Penerbitan data pekerjaan swasta ADP AS pada malam ini akan menjadi tumpuan pasaran, yang akan dijadikan petunjuk kepada laporan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat.
Pelabur akan melihat dengan teliti laporan pekerjaan bulan Julai, bagi mengetahui bagaimana tindakan dan garis masa untuk mengetatkan dasar monetari akan dilakukan oleh Fed.
Gabenor Federal Reserve (Fed), Michelle Bowman mengatakan pasaran buruh akan mengambil masa untuk pulih dari kesan pandemik ini dan lebih banyak yang perlu dilakukan untuk ekonomi kembali sepenuhnya.