EOS telah dibangunkan oleh syarikat Block.one, merupakan sistem desentralisasi berasaskan blockchain yang mana membolehkan perkembangan hosting dan perlaksanaan aplikasi desentralisasi (dApps) skala komersial di platformnya.
Penubuhannya menfokuskan kepada fleksibiliti pembangunan dan skalabiliti rangkaian. Tidak cukup dengan itu, EOS juga mesra pengguna dan mesra perniagaan bagi mereka yang berminat untuk membina dApps, sekaligus tampil sebagai pesaing kepada blockchain konvensional seperti Ethereum.
Pada awal bulan Mei, Block.one telah melancarkan satu projek yang bernama ‘Bullish Global’.
1/ https://t.co/LgcclYBd6L and prominent investors launch Bullish Global with $10B in funding, and announce the 2021 launch of new cryptocurrency exchange, Bullish. https://t.co/1WPcIJryZD
— EOSIO (@EOSIO) May 11, 2021
Bullish Global memberi tumpuan pada tahun 2021 untuk melancarkan produk pertukaran matawang kriptonya sendiri iaitu Bullish Exchange, yang berasaskan blockchain terbaru yang direka untuk menggabungkan prestasi dan privasi pengguna.
Seterusnya, meneliti pada carta pergerakan harga EOS/USDT, harga EOS kelihatan sedang berusaha untuk menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar $7.0-7.6.
Sekiranya pergerakan harga dapat menembusi zon tersebut, paras SBR seterusnya sekitar harga $8.8-$9.5 bakal menjadi paras tumpuan kepada para pelabur untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Namun jika pergerakan harga EOS menunjukkan trend bearish, paras sokongan $4.0 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi sebelum memberi isyarat sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga yang lebih drastik.
Pada masa penulisan, EOS didagangkan pada $6.4 dengan jumlah dagangan 24 jam $2,088,558,999. Koin ini kini berada di kedudukan ke-23 dalam pasaran kripto.