Setelah kenaikan kukuh nilai Ethereum (ETH) di atas zon $1,200, harga meneruskan kenaikan melepasi paras-paras rintangan utama sehingga menyaksikan harga berada di atas paras rintangan $1,280 sekaligus mengatasi Bitcoin (BTC) yang berada dalam fasa consolidation.
Kini harga ETH dilihat telah melonjak lebih 10% dan didagangkan di atas paras indikator simple moving average (SMA) 100 jam.
Jika Ether berjaya melepasi paras $1,350, tidak mustahil untuk aset ini terus melonjak lebih tinggi mengatasi rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) $1,448 sejak 2018, menjadikan $1,500 sebagai rintangan utama.
Manakala, BTC masih berada di dalam julat harga $34,955 dan $37,850 sejak hujung minggu lalu walaupun pelabur masih membeli, nampaknya masih mendorong harga matawang ini untuk melonjak lagi tinggi.
Bagaimanapun, Ketua Perdagangan Wirex, Yves Renno menyifatkan consolidation di atas paras $35,500 masih menunjukkan trend positif di dalam pasaran.
Pelabur juga perlu bersedia dengan tempoh turun naik yang berpanjangan dengan trend sederhana positif beberapa minggu atau bulan akan datang berdasarkan keadaan pasaran derivatif.
Sehingga kini, sektor kripto dibayangi dengan perkembangan positif bermula dengan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang mencalonkan Gary Gensler, seorang pakar kripto sebagai pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC).
Pada masa yang sama bekas perdana menteri Kanada, Stephen Harper yakin BTC bakal menggulungkan dolar AS pada masa akan datang.
Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $36,711 dan ETH pula mencatatkan lonjakan 11.38% kepada $1,338.