Pasangan mata wang EUR/JPY yang turut menjadi kegemaran ramai pelabur turut diberi perhatian untuk peluang dagangan di penghujung minggu.
Pergerakan menarik dipaparkan harga apabila paras 127.000 menjadi rintangan sepanjang minggu ini setelah diuji beberapa kali namun masih gagal ditembusi.
Harga masih kekal berlegar di bawah zon harga tersebut dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut diperhati untuk petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.
Pada dagangan Rabu dan Khamis hari ini, penurunan harga dilihat disokong pada paras 126.700 dan di sesi Eropah hari ini harga kembali semula menguji rintangan 127.000.
Penyusutan US dolar dalam pasaran melihatkan nilai Euro meningkat dengan data-data ekonomi Eropah turut diberi tumpuan.
Data indeks harga borong di Jerman yang diterbitkan pada awal sesi Eropah sebentar tadi mencatatkan angka yang baik, memberi sokongan untuk dagangan Euro.
Seterusnya laporan unjuran ekonomi Eropah yang diterbitkan pada jam 6 petang waktu Malaysia akan dinilai bagi petunjuk ramalan ekonomi untuk 2 tahun akan datang.
Kenaikan harga pada carta EUR/JPY dilihat akan menuju ke zon resistance pada 127.500 selepas rintangan pada 127.00 berjaya ditembusi.
Namun jika harga menjunam lebih rendah, paras sokongan harga dilihat pada 126.100 yang merupakan zon RBS (resistance become support).
Penurunan lebih rendah seterusnya akan menuju pula ke zon support sekitar 125.000 sekiranya harga terus bergerak dalam trend bearish.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI