Mata wang Yen Jepun dilihat mempamerkan prestasi kurang cemerlang pada minggu ini namun masih bergerak lebih kukuh berbanding US dolar yang ketara pengalami penyusutan nilai dagangannya.
Keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada Khamis tidak begitu memberangsangkan dengan kadar faedah masih kekal tidak berubah manakala unjuran ekonomi sehingga Mac dijangka lebih menguncup berbanding ramalan sebelum ini.
Pelabur juga berwaspada terhadap situasi darurat di Jepun yang dilihat akan memberi tekanan terhadap risiko pertumbuhan ekonomi.
Berbanding mata wang utama lain, Yen masih bergerak lemah seperti yang dapat dilihat pada carta harga pasangan mata wang EUR/JPY.
Harga dilihat terus membuat kenaikan selepas keluar dari zon support 125.400-125.000 yang diuji pada penurunan minggu ini.
Sementara mata wang Euro juga didagangkan baik pada minggu ini dengan kenyataan bank pusat Eropah akan terus bertindak untuk menyokong ekonomi pada mesyuarat polisi terbaru.
Kenaikan harga pada penghujung minggu sekali lagi menguji paras rintangan 126.100 pada zon SBR (support become resistance) tersebut.
Kenaikan harga lebih tinggi dijangka akan menuju zon SBR seterusnya pada 127.00 untuk mencatatkan paras tertinggi mingguan.
Namun jika zon SBR tersebut masih gagal ditembusi sebaliknya harga susut semula, penurunan akan kembali semula ke zon support 125.000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI