Menepati ramalan para penganalisis pasaran, US dolar kembali menyambung trend penyusutannya pada pembukaan pasaran di awal September semalam.
Data tinjauan sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam dilihat mencatatkan bacaan yang baik. Namun, gagal membendung penurunan ketara nilai US dolar selepas laporan pekerjaan ADP bagi sektor swasta AS yang diterbitkan sebelumnya mencatatkan bacaan yang lemah berbanding jangkaan peningkatan.
Penganalisis pasaran yakin kenyataan dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell minggu lalu akan mengheret US dolar jatuh lebih parah sementara tumpuan kini terarah kepada laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat yang dijangka merosot selepas petunjuk daripada laporan pekerjaan ADP semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-ramalan-usd-susut#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat kembali meneruskan lonjakan semula pada dagangan Rabu semalam dari paras sokongan 1.18000.
Malah kenaikan yang dipamerkan telah mengatasi ketinggian pada Selasa lalu untuk capai paras ketinggian terbaru 4 minggu pada 1.18570 di sesi New York semalam.
Isyarat pergerakan bullish harga terus dikekalkan selepas menepati ramalan penganalisis untuk harga kembali meningkat dari paras 1.18000 dan bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Kenaikan lebih tinggi harga seterusnya dijangkakan untuk menuju ke paras 1.19000 yang merupakan zon rintangan yang diuji pada dagangan awal Ogos lalu.
Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga mencatatkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh 3 bulan.
Namun jika penurunan harga kembali terjadi, paras 1.18000 akan diberi tumpuan semula sebagai paras penting yang menyokong harga seperti situasi dagangan semalam.
Sekiranya penurunan harga gagal dibendung, melepasi paras tersebut akan memberi isyarat awal bagi perubahan trend bearish.
Paras tumpuan sebelum ini seperti pada zon 1.17500 dan paras sokongan 1.17000 akan kembali menjadi zon tarikan harga.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG