US dolar dilihat telah kembali ke landasan pengukuhannya selepas kebimbangan terhadap ancaman penularan varian coronavirus Omicron kembali membuatkan pelabur berwaspada dan mendorong permintaan terhadap mata wang safe-haven termasuk US dolar.
Sebelum ini, pasaran menyaksikan penyusutan US dolar selepas keputusan mesyuarat FOMC yang bernada hawkish minggu lalu apabila Federal Reserve (Fed) umumkan untuk mempercepatkan langkah pengurangan pembelian bon (tapering).
Sementara mata wang Euro pula berjaya mencuri peluang untuk mengukuh berbanding US dolar selepas keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB).
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pasaran-matawang-2#t=0:00
Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu telah mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian 1.13600 pada Khamis dengan lonjakan sekitar 140 pips dari paras terendah hari sebelumnya.
Namun pada Jumaat, harga kembali membuat penurunan semula dengan penurunan harian sekitar 110 pips menutup dagangan sekitar 1.12400.
Pelabur akan kembali menjangka penurunan lebih rendah akan berlaku pada minggu ini dengan jangkaan pengukuhan semula US dolar.
Namun, zon sokongan harga pada 1.12500-1.12400 perlu dilepasi terlebih dahulu selepas beberapa minggu zon tersebut berjaya membendung kejatuhan harga.
Penurunan lebih rendah bakal menyaksikan zon terendah harga untuk tahun 2021 iaitu 1.12000 akan diuji sama ada berjaya ditembusi untuk catatkan paras terendah terbaru atau sebaliknya.
Jika kenaikan harga pula yang berlaku, paras ketinggian minggu lalu menjadi sasaran awal untuk dituju harga selepas memberi isyarat awal perubahan trend bullish semula.
Kenaikan seterusnya dijangka untuk menguji zon resistance tumpuan pada 1.14000 selepas beberapa minggu harga susut di bawah zon tersebut.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG