US dolar terus mendapat sokongan pada dagangan Rabu semalam oleh sentimen berisiko pasaran susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan Covid-19 varian Delta yang memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven.
Tumpuan pada hari ini (Khamis) bakal tertumpu kepada mesyuarat bank pusat Eropah pada jam 7.45 petang waktu tempatan yang bakal memacu pergerakan mata wang Euro.
European Central Bank (ECB) dijangka akan terus mengekalkan kadar tidak berubah dan pelabur akan menantikan petunjuk berkenaan program pembelian bon sama ada dikurangkan atau dikekalkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-mesyuarat-ecb-jadi
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah mempamerkan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut dengan paras terendah semalam hampir menyentuh paras 1.18000.
Trend penurunan bakal diteruskan selepas isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di samping pengukuhan US dolar yang menambah tekanan terhadap Euro menjelang mesyuarat ECB.
Paras 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) bakal diuji dengan jangkaan harga akan turun lebih rendah di bawah zon tersebut.
Sekiranya ECB terus mengekalkan polisi longgar, Euro berkemungkinan akan terus mengalami penyusutan dan mendorong harga untuk jatuh lebih rendah ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.17500 dan juga 1.17000.
Sebaliknya jika harga berjaya paparkan lonjakan semula dengan zon 1.18000 menjadi support terbaru harga, kenaikan harga dilihat akan kembali menguji zon rintangan 1.19000 yang dicapai pada penghujung minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 minggu dengan sasaran kenaikan terbaru menuju paras tumpuan 1.20000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG