US dolar masih bergerak lemah menuju ke penghujung minggu apabila pasaran terus memberi reaksi terhadap kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan polisi bank pusat.
Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) paparkan kenaikan ke paras tertinggi beberapa bulan namun pasaran Wall Street yang menunjukkan kenaikan terus memberi tekana terhadap dagangan US dolar.
Sentimen pasaran yang positif dan buatkan US dolar bergerak lemah akan terus memberi ruang mata wang utama yang lain untuk memanfaatkan peluang meningkat dalam pasaran.
Awal sesi pasaran New York semalam melihatkan US dolar sedikit mengukuh namun kembali bergerak susut semula sehingga sesi dagangan berakhir.
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga turun membuat penurunan ke paras 1.21100 sebelum harga meningkat semula ke zon rintangan 1.21800-1.21500.
Pelabur masih melihat isyarat untuk harga meneruskan kenaikan pada trend bullish selepas harga kembali bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Namun, zon rintangan minggu lalu masih gagal ditembusi sehingga bersambung pada dagangan Khamis.
Jika kenaikan berjaya diteruskan melepasi zon rintangan tersebut, paras ketinggian pada 1.22500 akan menjadi tumpuan seterusnya untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.
Sekiranya harga kekal gagal tembus zon rintangan dan membuat penurunan semula di bawah halangan MA50, isyarat awal bagi perubahan trend bearish akan menjangkakan penurunan harga menuju ke paras sokongan sekitar 1.20900.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI