Hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang kembali mempamerkan kenaikan dalam mencapai semula ke paras 1.60% telah menekan dagangan Yen untuk melemah di penghujung minggu.
Sementara itu, matawang Euro membuat kejutan dengan mempamerkan penguasaan selepas menerima isyarat daripada keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) semalam untuk menamatkan program rangsangan ekonomi mereka.
Meskipun pengumuman dasar polisi tersebut menetapi jangkaan dalam mengekalkan kadar faedah dan kenyataan Presiden ECB Cristine Lagarde mengenai inflasi sama sekali tidak gusarkan Euro untuk kukuh. Namun pelabur tetap berjaga-jaga dengan ramalan bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga 2022.
Jika diteliti kepada carta harga pasangan matawang EUR/JPY, harga tampaknya telah berjaya memapar peningkatan setelah zon RBS (resistance become support) 132.000 menyokong semula lonjakan harga.
Kenaikan yang dipaparkan juga menyaksikan cubaan untuk menguji zon rintangan 133.000 yang mana zon tersebut masih gagal untuk ditembusi pada sebelum ini yang mempamerkan prestasi cemerlang.
Pergerakan harga turut kembali didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi memperlihatkan petunjuk awal untuk harga membuat perubahan trend bullish.
Pada permulaan sesi dagangan hari ini (Jumaat), harga dilihat sedikit susut yang berkemungkinan ingin membentuk corak HL (higher low) sebelum kembali terbang dan menguji semula zon rintangan 133.000.
Manakala paras ketinggian yang dicapai sekitar 133.500 dijangka akan tercapai serta akan dinilai oleh pelabur untuk melihat reaksi pergerakan harga sebelum terus memburu pendakian yang lebih tinggi.
Sekiranya harga kembali diteruskan untuk pamer trend penurunan, harga berkemungkinan akan menuju semula ke zon RBS 132.000 terlebih dahulu dan jangkaan zon 131.000 akan diuji jika harga terus susut.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG