Firo, sebuah matawang kripto yang berfokuskan privasi dan memanfaatkan teknologi zero-knowledge proof, membolehkan pengguna memusnahkan coin dan menebusnya (redeem) di kemudian hari untuk jenama baru tanpa sejarah transaksi.
Ia menggunakan sistem halving yang serupa dengan Bitcoin dengan ganjaran blok berkurangan separuh setiap empat tahun.
Dilancarkan pada September 2016 oleh Poramin Insom dan Roger Ver.
Uniknya, Firo berperanan sebagai matawang digital yang membolehkan transaksi persendirian yang tidak dapat dikesan, serta menawarkan kebebasan pengguna dari institusi kewangan yang besar.
Firo pernah menerima anugerah blockchain FAT 2020 untuk projek blockchain paling popular dalam Komuniti.
Meneliti kepada carta pergerakan semasa harga FIRO/USDT,
Pergerakan harga dapat dilihat menyaksikan kenaikan secara konsisten selepas tersenarai di platform binance pada 29 Januari 2021.
Susulan itu, Firo berjaya menghasilkan lebih 500% lonjakan sehingga 7 Mei dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras harga $25.3.
Melihat sudut teknikal, pergerakan harga kini dilihat bergerak secara lemah, susut sehingga menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $4.6.
Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal mencorakkan trend penurunan, pergerakan harga bakal membuat penurunan secara drastik dan menguji zon sokongan sekitar $4.3 yang menjadi perhatian seterusnya oleh para pelabur.
Namun jika harga FIRO kembali mempamerkan corak kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $4.8 bakal di uji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Sewaktu penulisan, FIRO/USDT didagangkan pada harga sekitar $4.5 susut lebih 3% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-371 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto FIRO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.