Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pamerkan penurunan semula semalam dilihat gagal untuk mengekalkan corak kenaikan pada awal minggu.
Pada minggu ini, Pound Sterling sekadar mendatar dengan ketiadaan data-data ekonomi utama serta perkembangan ekonomi UK yang perlahan.
Pergerakan harga sebaliknya lebih dipacu oleh pasangan mata wang US dolar yang dilihat agak ‘meliar’ menghampiri acara tahunan Jackson Hole yang menjadi tumpuan di seluruh dunia.
Selepas US dolar melemah di awal minggu, pengukuhan semula dipaparkan oleh raja mata wang itu susulan kenyataan bernada hawkish oleh Presiden Federal Reserve (Fed) dari beberapa cawangan yang menjangkakan kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan serta pengurangan pembelian bon bulanan oleh Fed.
Justeru, US dolar mencatatkan pengukuhan pada sesi New York semalam berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-mengukuh-9am-27
Pada carta GBP/USD, penurunan harian dicatatkan sekitar 80 pips dari awal sesi Asia sehingga ke penghujung sesi New York.
Malah bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga telah turun melepasi paras sokongan 1.37000 memberi isyarat penurunan harga lebih rendah akan berlaku.
Tambahan, harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi isyarat perubahan trend bearish semula.
Penurunan lebih rendah harga dilihat akan kembali menguji semula zon support yang dicecah minggu lalu pada 1.36000 yang juga merupakan zon sokongan harga pada dagangan Julai.
Melepasi penurunan di bawah paras tersebut akan mendorong harga menuju pula ke paras 1.35000 yang menjadi paras penting menyokong kenaikan harga pada dagangan Januari lalu.
Namun, jika US dolar kembali susut semula dan membuatkan harga pada carta GBP/USD kembali melonjak di atas paras 1.37000, zon SBR (support become resistance) pada 1.38000 akan menjadi sasaran harga untuk diuji.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan melepasi zon tersebut kemudiannya bakal menguji pula zon rintangan pada 1.39000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG