Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY pada dagangan penghujung minggu ini memberi petunjuk lebih jelas perubahan trend bullish harga selepas penurunan di awal minggu.
Malah, harga berjaya melonjak lebih tinggi berbanding paras permulaan terjunan harga pada Isnin pada 151.00 yang merupakan paras support minggu lalu.
Harga berjaya melonjak semula dari zon support harga 149.00 minggu ini dan melepasi rintangan 150.00 dan 151.00 pada kenaikan besar harga semalam.
Kenaikan harga telah didorong oleh kenyataan hawkish bank pusat England pada mesyuarat polisi edisi September.
Bank of England (BOE) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah dengan program pembelian asetnya.
Namun, undian terhadap langkah pengurangan pembelian bon (tapering) oleh ahli mesyuarat telah bertambah memberi isyarat awal permulaan bagi pengetatan polisi oleh bank pusat.
Situasi kenaikan harga juga dilihat diambil kesempatan oleh Pound ke atas kelemahan Yen pada minggu ini berikutan mesyuarat bank pusat Jepun masih mengekalkan polisi yang longgar seperti yang dijangkakan pasaran.
Malah, isu krisis Evergrande yang semakin reda juga telah memulihkan sentimen pasaran sekaligus mengurangkan tarikan pelabur terhadap mata wang safe-haven termasuk Yen.
Kenaikan harga pada carta GBP/JPY dilihat masih diteruskan pada dagangan hari ini (Jumaat) namun momentum harga perlahan sehingga ke sesi Eropah.
Kenaikan harga bakal menuju ke paras rintangan 152.00 bagi melengkapkan 300 pips kenaikan mingguan dari zon support 149.00.
Jika pengukuhan Pound lebih ketara pada dagangan bersambung ke sesi New York, harga boleh mencapai paras ketinggian 153.00 untuk menguji zon rintangan yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Pun begitu, pelabur perlu berhati-hati sekiranya situasi pasaran berubah dan menyaksikan harga menjunam semula ke bawah.
Paras rintangan sebelum ini seperti 151.00 dan 150.00 akan kembali menjadi paras yang akan diberi perhatian pada corak penurunan harga.
Penurunan lebih rendah boleh mencecah kembali ke zon support utama minggu ini iaitu pada 149.00.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG