Pelabur masih lagi berwaspada untuk dagangan Pound Sterling yang melihatkan mata wang Britain itu terus alami penyusutan sehingga penghujung minggu.
Kebimbangan terhadap kesan sampingan darah beku selepas suntikan vaksin AstraZeneca telah memudarkan keyakinan pelabur walaupun UK menyatakan kes tersebut adalah sangat jarang berlaku dan pengambilan suntikan vaksin harus diteruskan bagi membendung risiko penularan yang lebih serius.
Walaupun UK juga telah memulakan suntikan vaksin Moderna untuk menampung keperluan kesihatan rakyatnya, masih gagal untuk menyokong pengukuhan semula Pound Sterling dalam pasaran.
Penyusutan US dolar dalam pasaran gagal diambil kesempatan oleh Pound untuk mengukuh seperti mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Pelabur telah menyaksikan penurunan harga pada carta pasangan GBP/USD untuk 3 hari berturut-turut dari paras ketinggian sekitar 1.39200 di awal minggu.
Penurunan hampir 200 pips itu mencecah ke paras 1.37200 yang menjadi paras sokongan harga sejak Rabu lalu.
Namun harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga masih dilihat cenderung untuk menyambung penurunan pada trend bearish.
Sekiranya harga susut lebih rendah di bawah paras 1.37000, harga berkemungkinan akan mensasarkan sehingga ke paras 1.36000 yang merupakan zon support pada Februari lalu.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, zon SBR (support become resistance) 1.3800-1.38300 akan kembali diuji yang dilihat sebagai halangan.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI