Penyusutan semula US dolar dalam pasaran khususnya pada sesi New York semalam telah memberi kesempatan mata wang utama lain dalam pasaran untuk didagangkan meningkat termasuk Pound Sterling.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula pamerkan lonjakan pada sesi Eropah semalam setelah pergerakan mendatar harga untuk beberapa sesi sejak awal minggu lagi.
Pada dagangan Selasa semalam, harga telah berjaya membuat kenaikan melepasi paras 1.38300 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi isyarat awal trend bullish.
Mata wang Pound disokong oleh perkembangan positif program vaksinasi di UK di samping Gabenor bank pusat England yang turut optimis terhadap pemulihan ekonomi semasa.
Kenaikan harga semalam mencatatkan paras tertinggi harian pada sekitar 1.39250 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit rendah semula.
Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga sedikit susut lebih rendah dengan melihatkan pergerakan US dolar yang turut meningkat semula.
Namun, harga yang berlegar pada zon tumpuan itu dilihat akan menguji paras sokongan MA50 untuk isyarat pergerakan harga seterusnya.
Kenaikan harga bakal dijangka diteruskan lebih tinggi melepasi paras ketinggian semalam untuk menuju semula pada paras rintangan 1.40000.
Paras rintangan tersebut gagal ditembusi setelah diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu sebelum pasaran menyaksikan kejatuhan harga lebih rendah.
Sekiranya harga kekal membuat penurunan semula, zon support pada 1.37000 dilihat akan menjadi destinasi tumpuan utama harga.
Pelabur juga akan berwaspada menjelang laporan data Keluaran Dalam Negara Kasar UK pada penghujung minggu yang menjadi antara data tumpuan bank pusat.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI