Meninjau kepada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga nampaknya terus melonjak agresif pada sesi New York semalam (Rabu) untuk kembali menguji paras tertinggi 4 minggu sekitar 1.38300.
Walau bagaimanapun, pergerakan harga dilihat mempamerkan sedikit penurunan pada pembukaan sesi Eropah sekitar 70 pips susulan laporan data inflasi UK diterbitkan dengan bacaan yang mengecewakan.
Harga sekali lagi memaparkan percubaan untuk menguji semula paras tertinggi 1.38300 itu dan masih bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kekal bullish.
Berbeza bagi matawang Pound pula, meskipun terbitan laporan data inflasi UK yang lemah sama sekali tidak membantutkan usaha matawang itu untuk melebarkan penguasaan dan terus catat pengukuhan.
Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey yang dijangka akan meningkatkan kadar faedah serta pengetatan dasar polisi masih menjadi asbab dan faktor yang telah memacu kenaikan harga Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pengukuhan-usd
Jikalau pergerakan harga pada carta GBP/USD berjaya menembusi paras tertinggi tersebut, harga dijangka akan menuju ke zon rintangan awal pada 1.39000 bagi membentuk corak HH (higher high).
Pengekalan lonjakan harga itu seterusnya berkemungkinan bakal menguji zon rintangan kekal menjadi tumpuan sebelum ini dan sering kali membendung kenaikan lebih tinggi pada paras sekitar 1.40000.
Zon rintangan pada 1.38000 dijangka akan diuji terlebih dahulu sebelum memperlihatkan harga beri reaksi yang lebih jelas dan mungkin bakal memberi isyarat awal trend bearish jika harga terus menyusut.
Penurunan melepasi zon berkenaan juga secara tidak langsung akan melihat pergerakan harga mampu mencecah semula ke zon RBS (resistance become support) 1.37000.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG