US dolar pamerkan sedikit pengukuhan pada sesi Asia pagi Khamis selepas jatuh ke paras terendah 3 minggu dan bergerak lemah sehingga sesi New York semalam.
Namun, penganalisis menjangkakan situasi penyusutan US dolar akan berterusan sehingga dagangan minggu ini berakhir.
Memberi ruang kepada mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat, Pound Sterling tidak ketinggalan untuk didagangkan meningkat berbanding US dolar walaupun mata wang Britain itu masih dibelenggu risiko.
Kebimbangan selepas laporan vaksin Coronavirus Johnson & Johnson dihentikan susulan beberapa kes kesan sampingan darah beku selepas suntikan, semakin menambahkan tekanan terhadap Pound.
Walau bagaimanapun Pound berjaya bertahan dan pamer prestasi yang baik pada minggu ini.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD meneruskan penignkatan pada dagangan Rabu semalam sehingga ke paras ketinggian mingguan terbaru sekitar 1.38000 pada zon SBR (support become resistance).
Mencapai kenaikan ke zon tersebut pada sesi Eropah, penurunan harga turut dilihat sebelum disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk harga menyambung semula kenaikan menuju penghujung sesi New York.
Jika kenaikan diteruskan, zon SBR 1.38000-1.38300 bakal diuji sekali lagi dan jika harga berjaya menembusinya, kenaikan bakal menuju semula ke paras ketinggian dicapai minggu lalu hampir sekitar 1.39200.
Namun jika harga bergerak turun di bawah paras sokongan MA50, paras sokongan harga dilihat berada pada paras 1.37000.
Penurunan lebih rendah bakal mendorong harga ke paras terendah terbaru menuju zon support 1.36000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI