Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya dikekalkan di awal minggu ini selepas isyarat perubahan trend pada minggu lalu.
Pelabur walau bagaimanapun kekal berhati-hati untuk pergerakan Pound yang masih dibelenggu risiko, di mana kenaikan harga yang dipamerkan dilihat lebih didorong oleh faktor penyusutan US dolar menjelang keputusan mesyuarat FOMC.
Walaupun terdapat penurunan pada angka kes jangkitan harian di UK, namun perkembangan penularan Covid-19 varian Delta masih menjadi kebimbangan utama yang merencatkan langkah pemulihan ekonomi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-suram-muram-10am#t=0:00
Pada minggu lalu dapat diperhatikan harga berjaya melonjak dari paras support 1.36000 melepasi paras 1.37000 dan hampir mencapai paras 1.38000 pada zon SBR (support become resistance).
Bersambung pada awal dagangan minggu ini semalam, harga meneruskan kenaikan melepasi paras 1.38000 sehingga ke paras 1.38000 sebelum harga bergerak perlahan dalam zon tersebut sehingga ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Kenaikan harga akan dijangkakan untuk menuju pula ke zon rintangan 1.39000-1.39200. Zon ini gagal ditembusi harga ketika dagangan beberapa minggu yang lalu.
Melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga menuju zon rintangan tumpuan pada 1.40000.
Sekiranya kejatuhan harga kembali berlaku, paras 1.37000 diharapkan untuk menyokong semula kenaikan harga.
Sebaliknya jika harga kekal menjunam lebih rendah, paras support minggu lalu pada 1.36000 akan kembali diuji.
Penurunan di bawah paras tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Januari yang lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI