Kelemahan yang dipaparkan oleh US dolar nampaknya hanya menyokong harga pada carta GBP/USD untuk kembali mencapai zon SBR (support become resistance) 1.35000 sebelum kembali menyusut.
Peningkatan ke zon itu dilihat sebagai reaksi pergerakan harga untuk membuat LH (lower high) yang terbaharu bagi mengekalkan corak downtrend sepanjang pertengahan dagangan September.
Menyambung ke pembukaan pasaran pada sesi Asia hari ini (Jumaat), harga telah pun susut melebihi 30 pips sebelum bergerak perlahan bagi menunggu pergerakan yang lebih rancak pada sesi Eropah nanti.
Terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi UK yang diterbitkan positif pada sesi Eropah semalam, ia sama sekali tidak memberi perubahan kepada prestasi Pound untuk terus kekal lemah.
Lonjakan harga gas di UK masih menjadi faktor utama yang memberikan tekanan kepada Pound sementara pelabur masih menantikan petunjuk baharu daripada Bank Pusat England untuk penetapan dasar mereka.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-raja-matawang-buat
Meneliti harga pada carta GBP/USD, pergerakan harga kekal papar trend bearish meskipun mempamerkan corak kenaikan harga pada dagangan penutup September semalam.
Zon sokongan 1.34000 kekal menjadi zon tumpuan untuk diuji lagi setelah harga tidak berupaya menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka 1 jam.
Penyusutan yang lebih rendah bakal mendorong pergerakan harga untuk melepasi zon tersebut untuk menguji zon sokongan terendah sekitar 1.33000 bagi mencatat paras terendah terbaharu 9 bulan.
Manakala sekiranya zon sokongan 1.34000 kembali menyokong lonjakan harga, kenaikan yang lebih agresif bakal dilihat akan menuju ke zon SBR 1.35000 semula.
Paras 1.36000 kekal menjadi paras tumpuan untuk diuji semula untuk pelabur menjangkakan isyarat yang lebih jelas untuk melihat arah pergerakan yang selanjutnya untuk perubahan trend.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG