Mata wang Pound Sterling terus menepati jangkaan untuk terus mengalami penyusutan nilai sepanjang minggu ini.
Ketidaktentuan Brexit kembali dilihat berlegar semula menambahkan tekanan kepada Britain dalam menyelesaikan hubungan perdagangan mereka selepas berundur dari blok Eropah.
Namun, menjadi tumpuan semasa adalah penularan Covid-19 varian Delta yang dilihat akan menjejaskan rancangan pembukaan semula ekonomi UK pada 19 Julai ini. Situasi parah berkemungkinan akan mendorong kerajaan untuk terus melanjutkan sekatan pergerakan sekaligus menjadi faktor utama bagi penyusutan Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-sentimen-forex-2#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga terus menyambung trend penurunan yang turut didorong oleh pengukuhan US dolar semalam bagi mengakhiri dagangan Jun.
Harga sedikit meningkat pada sesi Eropah semalam ke paras sekitar 1.38700, namun gagal untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum harga menyambung penurunan di sesi New York ke zon support 1.38000.
Harga menutup dagangan di atas paras tersebut sebelum mendatar bersambung pada sesi pasaran Asia pagi Khamis, namun penurunan harga masih terus dijangkakan.
Penurunan harga dilihat akan menuju ke zon support 1.37000 sekiranya US dolar berjaya mengekalkan tekanan terhadap Pound menjelang laporan NFP.
Pelabur juga ingin melihat sama ada penurunan harga mampu tembusi zon tersebut setelah kegagalan harga berbuat demikian ketika penurunan pada Mac dan April lalu.
Namun, sekiranya zon support 1.38000 berjaya menyokong semula kenaikan harga dan melepasi halangan MA50, kenaikan harga akan dijangkakan untuk menuju kembali ke zon rintangan sekitar 1.39000-1.39200.
Untuk kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan, zon rintangan tumpuan pada 1.4000 bakal diuji semula.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah unutk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI