Meneliti kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga tampaknya kembali meningkat di sesi dagangan Isnin setelah melengkapkan corak inverted head and shoulders pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Lonjakan daripada paras terendah 5 minggu itu juga telah menghasilkan kenaikan melebihi 150 pips dan menghampiri trendline resistance serta zon SBR (support become resistance) 1.36000.
Momentum kenaikan tersebut turut memperlihatkan harga sudah melepasi paras halangan Moving Average (MA50) untuk memberi petunjuk awal yang harga mampu untuk melonjak lebih garang.
Nampaknya matawang USD dilihat masih gagal untuk kembali meraih pengukuhan meski pun penerbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang positif pada minggu lalu.
Manakala terbitan indeks harga pengeluar AS (PPI) serta sekali lagi ucapan Federal Reserve (Fed) pada sesi New York malam ini akan menjadi rujukan kepada pelabur bagi menilai reaksi pergerakan USD.
Matawang Pound pula masih mengekalkan rentak pengukuhan setelah mengambil ruang walaupun telah dikecewakan oleh kenyataan daripada Bank of England (BOE) mengenai langkah pengetatan polisi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-kenapa-usd-biasa
Isyarat trend bullish lebih jelas bakal dilihat jikalau pergerakan harga melepasi trendline resistance serta menguji zon SBR 1.36000 sebelum jangkaan harga akan mendaki untuk uji zon SBR 1.37000.
Trend kenaikan yang agresif berkemungkinan akan memacu harga pada carta GBP/USD mencapai zon rintangan mahupun merupakan paras ketinggian 35 hari di paras sekitar 1.38000-1.38300.
Namun sekiranya trendline resistance itu berjaya membendung lonjakan harga yang lebih tinggi akan menyaksikan harga membuat LH (lower high) terbaharu untuk meneruskan penyusutan semula.
Penurunan yang ketara akan mendorong pergerakan harga kembali mencecah zon RBS (resistance become support) 1.35000 atau bakal terus mengekalkan kejatuhan ke zon sokongan 1.34000.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG