Pada hari Rabu, Demokrat telah memperolehi kemenangan dalam plihan raya Senat Amerika Syarikat (A.S) di Georgia. Kemenangan parti Demokrat ini menandakan bahawa parti tersebut semakin dekat untuk memiliki kawalan yang lebih besar dalam Kongres dan dalam masa yang sama meletakkan dasar Presiden Joe Biden semakin mudah untuk dijayakan.
Raphael Warnock yang merupakan seorang paderi dari salah sebuah gereja terkemuka iaitu gereja Martin Luther King Jr telah berjaya mengungguli calon Republikan, Kelly Loeffler. Hal ini meletakkan beliau sebagai senator berkulit hitam yang pertama di daerah selatan tersebut.
Terkini pasaran menantikan keputusan yang menampilkan Jon Ossoff dari parti Demokrat dan pesaingnya David Perdue dari Republikan yang dijangka akan diumumkan seawal awal pagi Khamis.
Jika parti demokrat menang maka ia menandakan sebagai satu tindakan penolakan terhadap pimpinan Donald Trump. Walau bagaimanapun, sekiranya Republikan memegang kerusi kedua, mereka secara efektif akan menggunakan kuasa veto terhadap Biden serta inisiatif beliau termasuk dalam pakej rangsangan dan dasar-dasar yang ingin diterapkan beliau.
Matawang US dolar susut ke paras terendah 3 tahun pada hari Rabu dan terkini susut sebanyak 0.13% berbanding matawang utama setakat jam 9.20 p.m.