Logam berharga emas susut lebih rendah pada dagangan awal minggu dengan harga jatuh di sekitar $1,730 per auns ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah.
Ini didorong oleh permintaan pelabur terhadap matawang safe-haven US dolar dan bon setelah keputusan mengejutkan Presiden Turki, Tayyip Erdogan mencetuskan ketidakpastian pasaran dengan memecat gabenor bank pusatnya.
Erdogan memecat gabenor bank pusat hanya dua hari selepas peningkatan ketara dalam kadar faedah yang bertujuan untuk mengatasi kenaikan inflasi hampir 16% dan menyokong lira.
Kebimbangan bahawa perkembangan di Turki akan mengancam pasaran kewangan lain telah memberi pengukuhan buat US dolar, menjadikan emas mahal bagi pelabur pemegangan matawang lain.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diperdagangkan meningkat pada 92.01.
Sementara itu, tumpuan pasaran kini disasarkan kepada Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang akan bercakap dalam perbincangan panel maya mengenai inovasi yang dianjurkan oleh Bank for International Settlements pada malam ini.