Komoditi hitam memadamkan keuntungan yang diraih pada sesi dagangan sebelum ini selepas laporan industri menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat meningkat ketara minggu lalu.
Penanda aras niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan suram pada $53.14 setong, sementara harga minyak mentah Brent pula merosot pada $55.92 setong.
Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 2.6 juta tong pada minggu lalu, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk penurunan 1.2 juta tong.
Peningkatan ini telah membangkitkan semula kebimbangan pasaran mengenai permintaan bahan bakar yang akan terjejas susulan lebih banyak sekatan coronavirus dilaksanakan di beberapa negara seluruh dunia.
Dalam pada itu, data yang sama juga menunjukkan peningkatan bekalan petrol dan penyulingan yang lebih kecil daripada dijangkakan.
Bagaimanapun, optimisme pasaran terhadap pentadbiran baru Presiden Joe Biden untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan langkah rangsangan fiskal besar-besaran beliau membantu menyokong harga minyak dari jatuh lebih rendah.