Logam kuning emas terus berlegar di sekitar harga yang sama ketika pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada hari Jumaat.
Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan ADP sektor swasta AS yang lebih kuat daripada dijangkakan pada bulan September.
Ini meningkatkan lagi keyakinan pasaran untuk melihat peningkatan yang sama dalam NFP dan menyokong harapan untuk pengurangan pembelian aset oleh Federal Reserve (Fed) akan dilaksanakan tidak lama lagi.
US dolar menguat ke paras ketinggian satu tahun susulan bacaan ini, sebelum kembali menurun susulan kenyataan Pemimpin Minoriti Mitch McConnell mengenai siling hutang AS (debt ceiling) yang kembali mendorong penyusutan matawang itu dan hasil bon AS.
Susulan itu, emas memanfaatkan peluang untuk kembali meningkat pada sesi New York. Pada sesi Asia hari ini, emas diniagakan pada $1,758 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,759 per auns.
Secara keseluruhannya, dagangan emas dilihat bergerak mendatar sejak awal minggu di tengah kewaspadaan pelabur sementara menantikan data pekerjaan NFP AS.