Hedera Hashgraph telah mengatasi kebanyakan matawang digital secara keseluruhan sejak minggu lalu kerana harganya dilihat telah meningkat lebih 100%.
HBAR menggambarkan dirinya sebagai “trust layer of the internet” yang membolehkan individu serta perniagaan membuat aplikasi desentralisasi (Dapps) yang kuat.
HBAR telah berkembang dalam kedudukan populariti dan cap pasaran kerana kini merupakan matawang digital terbesar mendaki tangga carta ke-34.
Mencuri perhatian pelabur apabila kripto ini telah menghasilkan hampir 140% lonjakan pada sesi dagangan bulan september dan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras rintangan $0.50.
Sejak penyusutan harga terbesar yang berlaku pada 7 September lalu, HBAR berada pada aliran uptrend yang sangat kuat. Situasi itu telah mendorong harga HBAR ke paras rintangan $0.50 tersebut.
Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga HBAR/USDT.
Sewaktu artikel analisa HBAR dikeluarkan pada Jun lalu, HBAR didagangkan pada paras harga $0.20.
Secara konsistennya, HBAR telah menghasilkan hampir 300% lonjakan mencapai ATH terbaru $0.54 pada hari ini (Rabu).
Dari sudut teknikal, pergerakan harga masih dalam keadaan uptrend yang sangat kuat dan pelabur berpandangan harga akan masih kekal bergerak dalam trend bullish.
Sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend bullish, HBAR berkemungkinan besar bakal menembusi zon resistance $0.52 dan meneruskan aksi positifnya membuat ATH terbaru berturut-turut.
Manakala, sekiranya pergerakan harga kembali dengan corak bearish, zon RBS (resistance become support) $0.48 perlu diuji terlebih dahulu samada harga akan membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.
Semasa penulisan, HBAR didagangkan pada paras harga $0.51 melonjak lebih 17% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto HBAR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.