HBAR – Pertingkatkan Sistem Transaksi Kripto Yang Lebih ‘Berdesup’

394

Hedera Hashgraph (HBAR) adalah rangkaian yang membolehkan individu untuk membuat aplikasi terdesentralisasi (DApps).

Ia juga direka untuk menjadi sistem yang lebih adil dan cekap dalam mencegah beberapa halangan yang dihadapi oleh platform berasaskan blockchain yang lebih lama seperti prestasi dan ketidakstabilan yang perlahan.

Dr. Leemon Baird dan Mance Harmon merupakan pengasas kepada HBAR yang mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam pelbagai peranan sains komputer dan keselamatan.

Teknologi ini juga berpotensi dalam menaiktaraf pelbagai alternatif seperti kelajuan, kos dan skalabilitas. Hedera mendakwa bahawa ia mampu melaksanakan lebih daripada 10,000 transaksi sesaat (TPS) dengan bayaran transaksi yang rendah sekitar hanya $0.0001 per transaksi.

Dapat diperhatikan pada carta HBAR/USDT, pergerakan harga nampaknya bergerak sedikit mendatar (sideway) selaras dengan pergerakan harga BTC yang masih diperdagangkan di bawah paras $40,000.

Pergerakan harga HBAR juga dilihat masih tidak berupaya untuk mengatasi paras SBR (support become resistance) sekitar harga $0.27 yang mana kebanyakan pelabur sering membuat tranksaksi penjualan apabila mencapai paras tersebut.

Dengan ketidaktentuan pasaran kripto pada pembukaan pasaran Jun, harga HBAR nampaknya hanya berlegar di paras harga sekitar $0.23 dan seterusnya kembali membuat penurunan untuk menguji paras sokongan sekitar $0.18-$0.21.

Jika paras sokongan $0.18-$0.21 mampu untuk menyokong semula lonjakan harga, berkemungkinan paras SBR $0.27 akan menjadi sasaran utama para pelabur setelah paras tersebut sukar untuk ditembusi selepas 2 minggu.

Sekiranya pergerakan harga berjaya untuk menembusi paras SBR $0.27 tersebut, harga dijangka bakal menuju ke paras SBR seterusnya sekitar harga $0.34 sebelum menuju ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $0.45.

Namun jika pergerakan harga terus menyusut lebih rendah di bawah paras sokongan $0.18-$0.21, penurunan harga dilihat bakal menuju ke paras yang paling sukar untuk ditembusi pada dagangan Januari dan Februari sekitar harga $0.12-$0.14.

Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga HBAR susut sebanyak 4% untuk diperdagangkan di paras harga sokongan $0.20.

Lihat gambar carta matawang kripto HBAR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat