Baru-baru ini, kouminiti kripto menyaksikan lonjakan harga Bitcoin (BTC) yang ketara iaitu ke paras $50,000. Lonjakan harga dari $40,000 ke $50,000 telah mencetuskan ‘FOMO’ kepada pemain pasaran, baik dalam kalangan pelabur runcit mahupun pelabur institusi.
Berdasarkan laporan terkini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa produk pelaburan kripto institusi menyaksikan aliran masuk yang positif mingguan buat pertama kali sejak bulan Mei.
Hal ini didedahkan oleh pengurus dana institusi CoinShares yang menyatakan bahawa terdapat aliran masuk dana yang positif dalam produk yang berkaitan dengan kripto sejak minggu lepas.
Beliau berpandangan bahawa lonjakan harga yang tinggi dalam beberapa minggu terkahir telah mendorong peningkatan jumlah aset mereka menjadi $57.3 bilion, tahap tertinggi sejak pertengahan Mei. Produk pelaburan aset kripto menyaksikan aliran masuk bersih $ 21.3 juta. Suatu angka yang pertama kali dicatat selepas enam minggu menunjukkan aliran keluar.
Dana kripto yang terdedah kepada institusi blockchain Solana mencatat aliran masuk sebanyak $ 7.1 juta. Cardano pula menduduki tangga kedua dari segi pelaburan dengan nilai sebanyak $6.4 juta.
Walauabagaimanapun, institusi dana kripto terbesar di dunia Grayscale tidak menunjukkan aliran masuk yang ketara. Dalam kemas kini terbaru, Grayscale melaporkan jumlah aset sebanyak $44.8 bilion.
Dari jumlah tersebut $ 32.3 bilion atau 72% tertumpu dalam Bitcoin Trust, dana terbesar kedua yang memegang $ 10.4 bilion atau 23% dari jumlah itu adalah Grayscale Ethereum Trust.
Ketika penulisan pasaran kripto mengalami pembetulan harga dari lonjakan harga baru-baru ini dengan jumlah modal pasaran pada $2.097 trillion.
Bitcoin diperdagangkan pada harga $48,680.46 seunit, manakala Ethereum didagangkan pada harga $3,253.67 seunit.