Dalam fasa bull run kripto, ramai pihak cuba untuk mengambil peluang yang tersaji termasuk institusi kewangan. Laporan terkini, sebuah bank dari Kanada, VersaBank dilaporkan bakal melancarkan matawang kritpo/digital yang mewakili dolar Kanada dalam beberapa bulan akan datang.
Matawang kripto,VCAD akan menjadi matawang kripto pertama yang dikeluarkan oleh sebuah bank di Amerika Utara. VCAD akan dilancarkan oleh bank Kanada dalam beberapa bulan lagi berdasarkan kenyataan yang dibuat. VCAD diterbitkan VersaBank akan menjadi pelengkap kepada matawang fiat Kanada yang digunakan dalam transaksi.
Kehadiran VCAD akan menambahkan lebih banyak variasi stablecoin yang ada dalam pasaran.Seperti USDT, VCAD adalah stablecoin yang bakal dilancarkan dengan kerjasama Stablecorp di Kanada.
Difahamkan bahawa orang awam boleh menukar VCAD dengan dolar Kanada atau sebaliknya.
Penerbitan VCAD adalah untuk mengatasi kekurangan yang ada dalam pasaran kripto. Iaitu isu sekuriti dan volatility. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Stablecorp, VCAD mampu untuk mengatasi kekurangan ini dengan berkesan.
Setelah VCAD dilancarkan, VersaBank merancang untuk meneruskan rancangannya yang lain untuk menerbitkan kripto yang mewakili US dolar dan Euro.