Harga emas bertahan di sekitar harga $1,800 per auns pada sesi Asia menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC, setelah melonjak ke paras tertinggi tiga minggu pada sesi sebelumnya.
Kejatuhan hasil bon AS 10 tahun ke tahap terendah sejak Februari, telah memberi dorongan buat dagangan emas untuk melonjak lebih tinggi, selain turut disokong oleh bacaan data ekonomi AS yang kurang memberangsangkan.
Pengembangan dalam aktiviti perkhidmatan AS tersasar daripada jangkaan dengan menunjukkan pertumbuhan sederhana pada bulan Jun. Ini mungkin didorong oleh kekurangan tenaga kerja danbahan mentah.
Bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan ini telah memacu lonjakan harga emas ke tahap tertinggi tiga minggu, pada $1,815 per auns, sebaik sahaja data tersebut diterbitkan ketika sesi New York.
Bagaimanapun, disebabkan pengukuhan matawang US dolar susulan kemerosotan dalam pasaran saham AS, menyebabkan dagangan logam berharga ini terbatas dan kembali susut di sekitar harga $1,800 per auns.
Pemain pasaran kini menantikan pengeluaran laporan minit mesyuarat pada awal pagi Khamis, bagi mendapatkan petunjuk lebih jelas mengenai bila Federal Reserve (Fed) akan memulakan pengetatan terhadap dasar monetarinya.