Sentimen pasaran terus menyokong dagangan komoditi hitam untuk didagangkan kukuh menjelang penghujung minggu, dan berada di landasan untuk mencatat kenaikan besar untuk minggu ini.
Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat 0.9% pada $70.80 setong, dan berada di landasan untuk kenaikan lebih 9% minggu ini, lonjakan mingguan terbesarnya sejak Jun 2020.
Sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 0.95% kepada $68.05 setong, menuju kenaikan mingguan lebih 8% yang merupakan kenaikan paling kuat pernah dicatatkan sejak awal Februari.
Pasaran minyak mentah kembali pulih pada minggu ini setelah China membuka lebih banyak sekatan susulan kes jangkitan Covid-19 yang semakin berkurangan, membolehkan komoditi itu menghapuskan sebahagian besar kerugian yang dicatatkan minggu lalu.
Selain itu, harga turut disokong oleh data bekalan minyak mentah AS yang menunjukkan penurunan, dan peningkatan permintaan bahan bakar di negara itu yang kembali ke tahap pra-Covid.
Dari segi pengeluaran, kebimbangan mengenai gangguan bekalan jangka pendek ketika BHP dan BP mula menghentikan pengeluaran di teluk Mexico suuslan ramalan taufan yang berpotensi melanda pada hujung minggu, turut memacu pengukuhan harga.