Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pamerkan penyusutan lebih rendah pada dagangan Selasa semalam ditekan oleh pengukuhan US dolar.
Bukan sahaja Pound, malah mata wang utama yang lain dalam pasaran juga turut mengalami nasib sama menerima tekanan daripada pengukuhan semula US dolar semalam.
Namun, ada laporan terbaru yang dilihat akan menyokong semula Pound susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh penggubal polisi bank pusat England (BOE), Michael Saunders yang melihat rangsangan sudah tidak diperlukan lagi oleh UK, sebaliknya sudah sampai masa untuk kadar faedah dinaikkan semula berkemungkinan pada tahun hadapan.
Komen bernada hawkish ini berpotensi untuk meningkatkan semula nilai Pound, namun pengukuhan lebih ketara US dolar telah menekan harga susut lebih rendah pada carta GBP/USD.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-ketara-kukuh
Penurunan harga jatuh di bawah paras 1.38000 pada awal sesi New York semalam namun menuju dagangan ke penghujung sesi, harga mula mendatar dan berlegar pada zon RBS (resistance become support) tersebut.
Pergerakan harga mendatar di bawah zon RBS 1.38000 bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu). Penurunan lebih rendah harga dijangkakan selepas isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Penurunan yang diteruskan dilihat menuju zon support harga pada 1.37000 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Ogos lalu.
Sekiranya harga berjaya melonjak semula di atas zon RBS 1.38000, melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat perubahan bullish semula untuk harga menguji kembali zon rintangan 1.39000.
Zon tersebut diuji pada penghujung minggu lalu namun gagal untuk harga tembusinya selepas kenaikan 2 minggu berturut-turut dipamerkan.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG