Dalam kenyataan terbaru dari IMF, pandemik Covid-19 dijangka akan terus beri kesan terhadap hutang awam global pada tahun 2021. Walaubagaimanapun, institusi tersebut berpendapat bahawa mempercepatkan vaksinasi adalah cara terpantas untuk memulihkan perbelanjaan awam.
Dalam laporan fiskal 2021 menyatakan bahawa vaksinasi global yang lebih cepat dapat mengekang pandemik dari terus menular dan lebih dari $ 1 trilion tambahan pendapatan cukai global dapat dikumpulkan hingga tahun 2025 bagi negara maju.
Jika perkara ini dapat direalisasikan output KDNK global dapat meningkat sebanyak $ 9 trilion, ditambah pula dengan perniagaan dibuka semula dan pengambilan pekerja.IMF dan Bank Dunia baru-baru ini menggesa negara-negara anggota untuk terus memberikan sokongan fiskal untuk warga negara dan menjana ekonomi sehingga pandemik dibawah kawalan.
IMF menganggarkan pemerintah telah menggunakan sekitar $16 trillion untuk bantuan fiskal yang berkaitan dengan pandemik sejak 17 Mac lalu. Pada tahun 2021, IMF menjangkakan defisit fiskal akan menyusut sedikit di kebanyakan negara, tuntutan pengangguran berkurangan dan pendapat mulai pulih ketika perniagaan dibuka semula.
Purata defisit belanjawan mencapai 11.7% daripada KDNK untuk ekonomi maju pada tahun 2020, empat kali ganda peningkatan berbanding tahun 2019. Disisi berbeza, hutang awam di seluruh dunia dijangka mencapai 99% daripada KDNK pada tahun 2021, naik 2% dari tahun 2020.
Tamsilnya IMF menyarankan ekonomi maju menggunakan cukai pendapatan, harta pusaka dan cukai hartanah yang lebih progresif untuk membantu mengurangkan kesenjangan ekonomi.