Laporan IMF menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat berpotensi untuk pulih pada kadar yang lebih cepat daripada jangkaan pada tahun 2021 kerana pengedaran vaksin Covid-19 dan rangsangan fiskal yang mendorong pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas sejak tahun 1980 an.
IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi A.S pada tahun 2021 akan bertumbuh sebanyak 5.1%, 2 mata peratusan lebih tinggi daripada ramalan Oktober. Jika perkara ini dapat direalisasikan maka ia merupakan prestasi tertinggi sejak 1984 berdasarkan dan Bank Dunia.
IMF berpendapat aktiviti ekonomi dunia akan lebih rancak yang bakal disokong oleh pengedaran vaksin secara besar-besaran pada tahun. Justeru pertumbuhan ekonomi dunia dinaikan kepada 5.5%.
Dalam salah satu kenyataan, ekonomi A.S dijangka akan mendapat dorongan dari pakej rangsangan fiskal yang diluluskan pada Disember lepas yang berjumlah $900 bilion. IMF tidak mengambil kira pakej rangsangan yang dicadangkan oleh Joe Biden yang bernilai $ 1.9 trilion. Justeru IMF melihat ekonomi A.S akan lebih positif. JPMorgan pada hujung minggu mengatakan anggaran konsensus untuk pertumbuhan AS pada tahun 2021 adalah 4.1%.
IMF meramalkan ekonomi AS akan memperoleh kembali prestasi yang dicapai pada pra-Covid-19 pada tahun 2021 dan kemudian akan terus tumbuh sebanyak 2.5% pada tahun 2022.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.26% kepada paras tukaran 90.142 setakat jam 11.05 p.m.